Panduan Login ke Akaun Agent Melalui Akaun Stokis

panduan ini khas untuk agent yang ingin buat belian tapi terlupa username & password mereka.

Klik pada my account

log masuk dengan username/email & password stokis

setelah log masuk sebagai stokis, lihat pada bar hitam di atas, klik pada 'switch to user', masukkan username agent dalam kotak putih dan klik search.

nama agent akan keluar di bawah kotak putih (rujuk gambar). Klik pada nama agent tersebut.

sekarang akaun anda dah bertukar dari akaun stokis ke akaun agent. klik ada 'edit your password & account details' untuk sahkan akaun agent tersebut.

pastikan butiran yang keluar sama dengan butiran agent. agent boleh klik pada 'shop' untuk buat pembelian.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop